[VIDEO] “Terus Rasa Hilang Nak Mar4h Bila Part Last Tu” – Rakaman Budak Lelaki Ini Kena ‘Bebel’ Raih Perhatian Netizen!

Jika sejak kebelakangan ini kecoh dengan anak-anak yang sudah semakin hilang ad4bnya, tapi kali ini lain pula halnya.

Tular di sosial media dengan satu rakaman seorang budak lelaki yang menangis selepas ‘dim4rahi’ oleh seorang lelaki dewasa.

Rakaman berdurasi 45 saat itu menunjukkan seorang budak lelaki yang menaiki motosikal ditahan sebuah kereta. Kedengaran lelaki dari dalam kereta sedang ‘sekolahkan’ budak yang membawa motosikal tersebut.

Dengan nada yang sedih, budak lelaki tersebut cuba menjelaskan situasi sebenar dalam loghat pantai timur dan kemudiannya dia meminta maaf kepada lelaki di dalam kereta yang dipercayai lebih tua darinya.

Video tersebut meraih perhatian ramai dengan meraih 174,000 tontonan dan 13,000 retweets sejak di muat naik dua hari lalu.

Walaupun bawa motosikal tidak berhelmet, namun adab adik ini yang meminta maaf di akhir video membuatkan ramai tertarik.

Rata-rata netizen meninggalkan pendapat mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Elok je dia minta maaf. Comel betul la dengan muka takut.”

“Bagus budak ni dia tahu dia salah so dia minta maaf”

 

 

 

 

 

 

 

 

“Terus rasa hilang nak marah bila part last tu”

     

Sumber: Syamil Ruslan via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*