Bagaimana caranya untuk mengatasi masalah rambut anda, ini 5 jenis kerosakan rambut dan tips memulihkannya

1. Jenis Rambut Yang Rosak 

Kisar bahan-bahan dibawah :

  • 1 biji telur putih 
  • 2 sudu besar minyak kelapa
  • 1 sudu besar madu 

Kemudian rata bahan kisar pada semua permukaan kulit kepala hingga hujung rambut , pastikan hujung rambut yang rosak disapu dengan teliti . Kemudian ikatkan rambut menjadi satu ,dan tutup rambut mengunakan penutup kepala atau pun menggunakan tuala . Biarkan selama 30 minit . Kemudian basuh rambut menggunakan shampu dan pelembap rambut .

2. Jenis Rambut Yang Frizzy 

Kisar bahan-bahan dibawah :

  • 1 biji pisang yang sudah dihiris kecil 
  • 2 sudu besar yogurt 
  • 1 sudu besar madu 


Kemudian ratakan bahan kisar pada semua permukaan akar rambut  hingga hujung rambut . Kemudian ikatkan rambut ketat ,dan tutup rambut mengunakan penutup kepala ataupun menggunakan tuala. 30 minit . Kemudian basuh rambut menggunakan shampu dan pelembap rambut anda akan mendapat hasil ketara dalam masa seminggu .

3. Jenis Rambut Yang Kerinting


Kisar bahan-bahan dibawah :

  • 1 biji telur 
  • 2 sudu besar mayonis 
  • 1 sudu besar minyak olive 
  • 1 sudu besar madu 


Kemudian ratakan bahan kisar pada semua permukaan akar rambut  hingga hujung rambut ,dan tutup rambut mengunakan penutup kepala ataupun menggunakan tuala. 30 minit . Kemudian basuh rambut menggunakan shampu dan pelembap rambut . anda akan mendapat hasil ketara dalam masa seminggu.

4. Jenis Rambut Yang Berminyak 


Kisar bahan-bahan dibawah :

  • ¼ cawan cuka epal
  • I biji jus lemon 
  • 1 sudu besar madu 

Kemudian rata bahan kisar pada semua permukaan akar rambut  hingga hujung rambut . Kemudian ikatkan rambut ketat ,dan tutup rambut mengunakan penutup kepala atau pun menggunakan tuala. 30 minit . Kemudian basuh rambut menggunakan shampu dan pelembap rambut .

5. Jenis Rambut Yang semula Jadi  


Kisar bahan-bahan dibawah :

  • ½ isi avocado 
  • ¼ cawan mayonis 
  • 2 sudu besar minyak kelapa 
  • 1 sudu besar madu 

Kemudian ratakan bahan kisar pada semua permukaan akar rambut  hingga hujung rambut ,dan tutup rambut mengunakan penutup kepala ataupun menggunakan tuala.Biarkan selama 30 minit . Kemudian basuh rambut menggunakan shampu dan pelembap rambut . anda akan mendapat hasil ketara dalam masa seminggu.

Note :

Bahan – bahan tersebut perlulah digandakan untuk mereka yang mempunyai rambut yang panjang .

 

 

Sumber: Nakbebel