Oppo F5 Youth Akan Dijual Di Malaysia 2 Disember Ini Pada Harga RM1098

Oppo F5 Youth telah dilancarkan secara rasmi di dua hari yang lalu di Filipina. Ia adalah Oppo F5 dengan saiz RAM yang lebih rendah ialatu 3GB. Bagi pengguna di Malaysia yang ingin memilikinya, ia akan mula dijual bermula 2 Disember ini pada harga RM 1098 sebuah. Ini ialah harga jualah yang lebih murah berbanding RM 1298 untuk model dengan 4GB RAM.

Ia masih lagi mengekalkan skrin 6″ LTPS TFT FHD+, dijana pemproses MediaTek Helio P23, memori hanya 3GB RAM dan storan dikurangkan ke 32GB sahaja. Masih terdapat sokongan kad mikroSD sehingga 256GB. Kamera juga masih lagi 16-Megapixel f/2.0 di hadapan, 13-Megapixel f/2.2 di belakang dengan bateri sebesar 3200 mAh. Sistem operasi Android 7.1.1 digunakan dengan pelancar ColorOS 3.2.

Sumber: Amanz.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*