“Kenapa Allah Tarik Penglihatan Saya?” Saya Sebak Apabila Diajukan Soalan Ini – Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew,seorang pendakwah terkenal yang kerap kali turun ke lorong-lorong untuk menyebarkan syiar Islam kepada golongan mak nyah dan para gelandangan.

Menggunakan pendekatan dakwah yang berbeza, Ebit Lew sangat disenangi oleh setiap lapis masyarakat kerana sering menyampaikan ilmu agama secara lembut.

Pelajar OKU Tanya Soalan Undang Sebak

Namun begitu, semalam, Ustaz Ebit Lew telah memuat naik satu video ketika sedang berceramah di sebuah sekolah menengah. Ketika itu, terdapat beberapa orang pelajar yang mempunyai masalah penglihatan turut menyertai perkongsian yang dibuat oleh Ebit.

Salah seorang daripada remaja tersebut mengajukan soalan  mengapa penglihatannya diambil oleh Allah S.W.T kepada Ebit dan telah mengudang rasa sebak pendakwah selebriti tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ya Allah sebaknya, sedih sangat hari ini ceramah ada beberapa orang adik yang cacat penglihatan. Lepas tu hilang ayah dan ada yang tiada ibu. Ya Allah sebaknya saya bila adik ni tanya ustaz kenapa Allah ambil penglihatan saya. Dia menangis. Saya cakap pada mereka. Hanya kerana Allah sayang pada awak. Allah melihat hambanya dia sayang lalu mereka diberi ujian dan sakit yang berat kerana Allah ingin beri kedudukan yang tinggi untuk mereka di akhirat nanti. Kita panggil oku. Disisi Allah adik sempurna. Sempurna dihati bila kita mengenal Allah. Adik ni dah 10 tahun tak nampak dan dan tiada ayah..semoga adik ni jadi pendakwah dan asbab hidayah seluruh alam. Allah sayang-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

“Ya Allah sebaknya, sedih sangat hari ini ceramah ada beberapa orang adik yang cacat penglihatan. Lepas tu hilang ayah dan ada yang tiada ibu. “

“Ya Allah sebaknya saya bila adik ni tanya ustaz kenapa Allah ambil penglihatan saya.” – Luahnya.

Besarnya Nikmat Yang Diberi Kepada Kita

Perkongsian video dan kapsyen  yang dibuat menerusi Instagramnya telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata turut ikut sebak dengan pertanyaan yang diajukan oleh pelajar OKU itu kepada ustaz Ebit.

Allah Sayang

Semoga Kekurangan Menjadi Asbab Dia Ke Syurga

Allah Sebaik-baik Perancang

 

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*