Chef Wan Dedah Menu Istimewa Kegemaran Almarhum Sultan, Sehingga Dia Dibayar RM25 Ribu

KUALA LUMPUR: Chef Selebriti Redzuawan Ismail atau lebih mesra dipanggil Chef Wan bercerita tentang pengalaman beliau sepanjang mengenali Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah serta bersama kerabat di Raja Pahang yang begitu rapat sedari kecil.

Menurut Chef Wan, kenangan berurusan dengan Sultan Pahang kelima itu ketika menjadi chef dan memasak sendiri aneka juadah di majlis-majlis makan malam yang dianjur kerabat di Raja Pahang.

Kata Chef Wan, di situ dia mula mengenali keluarga di Raja Pahang secara dekat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Morning! Heading to Pekan this morning for HRH The Sultan of Pahang funeral ceremony. Bila melihat gambar ini in my living room teringat almost 3 years ago apabila Tuanku memujuk saya untuk menerima anugerah ini. Tuanku kata kepada saya ” U always make me laughed watching u on TV. U are such an entertainer and make so many people happy. Its a gift that not many people have. Kamu dengan bakat memasak boleh pusing satu dunia. I thought each time i see u on TV and i told Sultanah Kalsom that this CW really bring Malaysian name to the world. Seronok melihat kamu berkongsi ilmu memasak dan budaya negara Asing and u inspired others to travel and be a chef like u too. I know u have turned down my Datoship several time. Please this time take it ya. I am proud to know that u come from Raub and as orang Pahang u make me very proud CW. Let me honour u this time as jika tidak there might be another time. Saya ini sudah berumur dan saya nak awak di kurnia kan Dato Pahang. At least while i am a live i can this moment. I know u have been honored from the Federal Government with a Datukship but this time is from me for all your jasa2 CW. Ada rezeki di lain masa saya kurnia kan awak Dato Seri pula. So please take ya this time. Tuanku Sultanah pula memujuk saya. ” Yes CW please accept that as Tuanku sincerely want u to have it” He loved and respected u. Tuanku Sultan said to me again. ” Saya nak beri awak DSAP dan bukan DIMP which i normally kurnia kan kepada artist2 In the entertainment world. This Pingat Datoship usually is given to only kerabat2 di Raja and those closest to me. Ini anugerah Datoship class pertama! So in the end saya pun tunduk kepada kemahuan Tuanku. The only reason i didnt want to accept that is because i wanted to give the peluang for others yang juga banyak berjasa untuk menerimanya. To me sudah sekali dianugerah cukup lah. Tetapi melihat kesungguhan Tuanku hati saya pun terbuka ketika itu as i also wanted to see my Tuanku gembira. Pagi ini mengimbas balik detik2 ini selepas solat Subuh dan mendoakan kesejahteraan roh Almarhum really brought years to my eyes plus the golden opportunity to cook for Tuanku too from time to time.

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

“Kebaikan baginda menjadi bualan orang ramai. Baginda selalu menjadi orang yang baik, suka bersedekah dan memberi makan kepada orang ramai.

“Malah, Baginda juga sentiasa pastikan semua orang dilayan dengan baik,” katanya kepada Astro AWANI, pada Rabu.

Selain itu, katanya, baginda juga suka dengan masakan yang dimasaknya dan menu yang menjadi kegemaran baginda adalah mi rebus hasil air tangannya sendiri.

“Ada suatu ketika, Tuanku ingin merasa mi rebus hasil tangan saya dan malam itu juga saya masak sendiri mi rebus itu untuknya.

Apa yang mengejutkan, apabila selesai memasak dan pulang ke rumah, saya dapati ada RM25,000 wang tunai dan hadiah seperti telefon baharu keluaran Samsung dan sebuah kamera berjenama Canon di dalam beg perkakas saya,” ujarnya.

Chef Wan menghubungi baginda untuk bertanyakan mengenai hal tersebut, sama ada baginda mungkin tersalah letak atau sebagainya, dan jawapan yang diterima ialah Tuanku Sultan sendiri meletakkan ganjaran tersebut di dalam beg itu sebagai hadiah.

Chef Wan berkata tidak pernah berlaku dalam hidup dibayar sebegitu banyak wang hadiah untuk sajian mi rebusnya.

Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah mangkat di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, hari ini, kira-kira jam 8.50 pagi pada usia 89 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LimauMadu

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*