Cara Buat Apam Balik Mudah Pakai Kuali Non-Stick. Resipi Turun Temurun & 30 Minit Je Dah Siap!

Terasa nak makan Apam Balik Homemade? Resipi ni memang mudah. 30 minit je dah siap dan boleh makan. Malah ia merupakan resipi dari ibu Ierv Munirvh sendiri. Boleh cuba.

APAM BALIK HOMEMADE

Tahukah Anda?

Hutang kereta & perbelanjaan harian boleh ditanggung tanpa menggunakan gaji anda? 
**Jana Pendapatan 3-4 Angka Seminggu**, secara sampingan atau sepenuh masa dengan memandu UBER. Daftar Secara PERCUMA Sekarang! 
>> KLIK SINI << untuk mendaftar.

 

BAHAN-BAHAN: 

  • 1 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 1 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 cawan tepung gandum
  • Sedikit esen vanilla – jika suka

BAHAN INTI:

  • Jagung cream dalam tin
  • Kacang tumbuk
  • Gula

CARA MEMASAK:

1. Pukul telur bersama gula hingga kembang.

2. Kemudian masukkan air. Pukul seketika dan masukkan soda bikarbonate dan baking powder. 

3. Seterusnya masukkan tepung gandum dan gaul hingga sebati. Tambah esen vanilla jika suka.

4. Untuk memasak apam, guna kuali yang senang tanggal yang tak payah minyak ( non stick pan).

5. Letakkan bancuhan tepung dalam kuali. Bentukkan leper.

6. Kemudian letak jagung, kacang tanah dan gula ikut kemanisan yang disukai. Nak letak coklat pun boleh.

7. Biar hingga rangup dan angkat. Semasa masak, pastikan guna api yang kecil. 

8. Selamat mencuba!

Tahukah Anda?

Hutang kereta & perbelanjaan harian boleh ditanggung tanpa menggunakan gaji anda? 
**Jana Pendapatan 3-4 Angka Seminggu**, secara sampingan atau sepenuh masa dengan memandu UBER. Daftar Secara PERCUMA Sekarang! 
>> KLIK SINI << untuk mendaftar.

 

Kredit resipi & foto: Ierv Munirvh

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*