[VIDEO] ” Jom Diet Demi Mendapat Badan Yang Sihat Dan Segak Tapi Sebaliknya ‘Hahaha’ “- Shaheizy Sam

Pelakon Shaheizy Sam mengusik peminatnya apabila seolah-olah bertekad untuk mengurangkan berat badannya.

Menerusi video pertama yang dimuat naik menerusi akaun Instagramnya, Sam berjanji mahu memulakan diet kerana perutnya kelihatan semakin buncit.

“Yes, today is the day!!! Sam seru semua, demi mendapatkan badan yang sihat dan segak!! All this, small the pieces!!! JOM DIET!!!” tulisnya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Yes, today is the day!!! Sam seru semua, demi mendapatkan badan yang sihat dan segak!! All this, small the pieces!!! JOM DIET!!!

Siaran dikongsi oleh Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) pada

Bagaimanapun tidak lama kemudian Sam telah memuat naik satu lagi video terbaru yang merakamkan dirinya makan dengan berselera.

“INI SEMUA POYO!! Jangan cakap org la. Korang pun mesti ada masalah yang sama, kan? Ayat “esok diet” ni menipu je,” tulisnya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

INI SEMUA POYO!! Jangan cakap org la. Korang pun mesti ada masalah yang sama, kan? 🤪. Ayat “esok diet” ni menipu je 😏.

Siaran dikongsi oleh Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) pada

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengusik gelagat aktor kesayangan mereka ini.

“Teruk betul scene persetankan lauk² tadi tu ye…” komen @ikhtiarfadhilah_

“Typical rakyat Malaysia bang hahahaha esok jelahhhhh!!!” tulis @asyrafshaef

Selain itu, video berkenaan juga mendapat perhatian rakan artis antaranya Fad Bocey, Along Cham dan Shuib Sepahtu.

 

Sumber: Gempak 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*