“Selamat Hari Kekasih, Hari Bapa Lain Kali Lah…” – Ucapan Sharifah Shahirah Untuk Suami

Selebriti versatil, Sharifah Shahirah atau Shiera berkongsi foto throwback bersama suaminya Ijoy ketika mereka mengerjakan ibadah umrah.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Di ruangan kapsyen, Shira mengucapkan selamat hari kekasih kepada suaminya walaupun bukan pada hari kekasih (valentine) yang sebenar.

“Selamat hari kekasih, hari bapa lain kali lah, hari-hari hari bapa.

“Hari tu nak sambut hari kekasih, bunyi valentine tak boleh, jadi hari ni lah,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur membaca ucapan Shiera, ada juga yang memuji pasangan itu kelihatan ‘sweet’ bersama.

Shiera dan Ijoy mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.

 

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*