[Gambar] Tahniah! Falyq Hikyle Bertunang Dengan Anak Tiri Zarina Zainuddin

Penyampai radio Zayan, Falyq Hikyle selamat melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya iaitu anak tiri kepada aktres Zarina Zainuddin, Nabilla Raihan Sabtu lalu.

Berita gembira itu dikongsi menerusi kemas kini akaun Instagram (IG) miliknya.

“100 itu sempurna, kamu 1 lebih sempurna. Dengan izin Allah SWT.

“Maklum lah, umur dah banyak pakai. Tak tau berapa baki yang tinggal.

“So jom lah kita sesama pelan kayuh-kayuh ye, cik fiancee. Gitueww.

“Jangan lah time-time macam ni ada yang menggugat iman eh. Ajee giler nak menjawab nanti,” tulisnya sebagai kapsyen.

Inilah gambar pertunangan mereka 

Rata-rata pengikut Falyq mengucapkan tahniah kepada pasangan ini serta mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar.

 

 

Sumber: Gempak 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*