“Dia Suka Cakap Lembut-Lembut Jee ..” -Asyraf Khalid Dedah Sikap Peribadi Siti Nurhaliza Yang Mengejutkan

Jarang sekali kelihatan anak tiri kepada penyanyi popular Datuk Seri Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid membuka ruangan ‘Ask Me A Question’ disebabkan kesibukan dengan kerjaya.

Terbaru, Asyraf telah menjawab soalan netizen yang ingin mengetahui mengenai keperibadian Siti ketika berada di rumah menerusi Instagram Stories.

“Datuk Seri Siti garang tak di rumah?

“Boleh ceritakan keperibadian beliau di rumah?” tanya seorang netizen.

Menjawab soalan terbabit, Asyraf memberikan jawapan yang sudah dijangkakan.

“Tak, Mak Iti tak garang. Dia suka cakap lembut-lembut dan baik-baik je.

“Macam mana kita tengok dia kat TV, macam tu la dia kat rumah,” tulisnya.

Datuk Seri Siti Nurhaliza berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali Datuk K pada 21 Ogos 2006.

Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Siti Aafiyah pada 19 Mac lalu.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*