“Bukan Mama Tak Adil Kerana Meraikan Kamu Dalam Keadaan Yang Sangat Bersederhana, Tapi” – Luahan Ozlynn Buat Ramai Terusik

Isteri kepada pelawak terkenal Johan, Ozlynn mengakui mahu anak-anaknya hidup dalam keadaan sederhana dan saling menyayangi diatara satu sama lain.

  

Menerusi entri di Instagram (IG), Ozlynn berkongsi luahan buat anak bongsunya, Moleiq sempena ulang tahun kelahirannya semalam.

“Selamat hari lahir my baby moleiq. 17 Jun. Bukan mama tak adil kerana meraikan kamu dalam keadaan yang sangat bersederhana tapi mama dan papa kamu sentiasa belajar, belajar bersyukur dengan apa adanya.

“Kurniaan kamu dalam keluarga Hanania sangat-sangat berharga dan dinantikan. Biar memori kasih sayang lebih terikat indah dalam ingatan bukan wang atau hadiah mahal yang jadi igauan.

“Kena belajar sedar diri, esok dah besar kamu dapat nilai sendiri keluarga adalah segalanya. Sayangi keluarga. Kasih sayang kekal abadi supaya tak menyesal kemudian hari kerana keluarga hilang tiada ganti.

“Menghormati mereka yang menerima kita seadanya kerana keluarga yang sebenar adalah yang menerima segala kekurangan kita dan bantu kita ketika kita leka dan lalai.

“Semoga kalian 5 beradik hidup dengan penuh kasih dan sayang hingga syurga abadi Aameen,” tulisnya.

VIDEO:

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Selamat hari lahir my baby moleiq.. 17 june.. bukan mama x adil kerana meraikan kamu dlm keadaan yg sgt bersederhana.. tp mama n papa kamu sentiasa belajar.. belajar bersyukur dgn apa adanya.. kurniaan kamu dlm keluarga hanania sgt2 berharga dan dinantikan.. biar memori kasih syg lebih terikat indah dlm ingatan bukan wang atau hadiah mahal yg jadi igauan.. kena belajar sedar diri.. sok dh besar kamu dpt nilai sendiri keluarga adalah segalanya.. sayangi keluarga.. kasih syg kekal abadi.. supaya x menyesal kemudian hari kerana keluarga hilang tiada ganti.. menghormati mereka yg menerima kita seadanya.. kerana keluarga yg sebenar adalah yg menerima segala kekurangan kita dan bantu kita ketika kita leka dan lalai.. semoga kalian 5 beradik hidup dgn penoh kasih dan syg hingga syurga abadi aameen 💗💋

Siaran dikongsi oleh Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) pada

Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui terusik dengan luahan yang dilakukan oleh Ozlynn dalam mendidik anak-anaknya.

Hasil perkahwinan Johan dan Ozlynn, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleiq.

 

Sumber: Instgram jozlynnhanania via  Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*