Rela Dibedah Demi Angelina Jolie

DEK kerana terlampau meminati aktres, Angelina Jolie, seorang wanita sanggup menjalani sekurang-kurangnya 50 pembedahan di wajahnya.

The Daily Haze melaporkan tindakan wanita berasal dari Tehran, Iran, Sahar Tabar.

Susulan itu juga beliau menjadi ‘selebriti’ di Instagram berikutan menjadikan laman media sosial tersebut sebagai diari dia bertukar menjadi selebriti kesayangannya itu.

Menurut Jastrzab Post, Tabar juga menjalani diet khas untuk mengekalkan berat 40 kilogram, namun tidak dapat dipastikan dari mana wanita tersebut mampu membiayai segala pembedahannya itu.

Dalam pada itu, beliau juga turut mempunyai lebih 300,000 pengikut di laman Instagramnya.

Walaupun rata-rata mengecam tindakannya itu dengan menggelarnya ‘The Corpse Bride’ berdasarkan sebuah filem animasi Tim Burton, tetapi ada juga yang memberikan sokongan kepadanya.

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*