‘Baby Shark’ bakal ke Malaysia!

KUALA LUMPUR: Jika anda mempunyai anak kecil atau anak saudara, anda pasti tahu lagu ‘Baby Shark’, malah boleh ingat langkah tariannya.

Berita baiknya, anda kini boleh menari bersama keluarga jerung kegemaran anda itu pada 9 dan 10 Disember, di Highstreet, One Utama Shopping Centre, Petaling Jaya.

Hasil kerjasama Astro dan SmartStudy ini juga akan membawa Pinkfong ke Malaysia.

‘Baby Shark Dance’ mencetus fenomena dan kini menjadi lagu kegemaran wajib hampir setiap kanak-kanak.

Sejak dimuat naik di Youtube, ia sudah ditonton lebih 622 juta kali.

Selain Pinkfong dan Baby Shark, orang ramai juga boleh menemui watak kegemaran lain seperti Teenage Mutant Ninja Turtles, Ben 10, Didi and Friends, Cam and Leon, The Zee Stars di Fun Escapade 2017.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.astro.com.my/funescapade.

Extra: Didi & Friends , Omar & Hana 

Sumber : Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*