12 Dekorasi Ruang Tamu Minimalis Moden & Sederhana Untuk Rumah Yang Mendamaikan

Konsep minimalis kini menjadi trend kegilaan kebanyakan pemilik rumah terutamanya untuk dekorasi ruang tamu. Lebih-lebih lagi ianya sesuai dengan gaya & reka bentuk rumah moden yang lebih fokus kepada fungsi setiap ruang dalaman rumah mereka. Selain itu, dekorasi minimalis menjadikan ruang kelihatan bersih yang secara tidak langsung membuatkan ramai pemilik rumah memilih konsep ini. Ruang anda nampak lebih kemas serta tidak serabut. Kurang stress!!.Dekorasi ruang tamu minimalis mampu meneutralkan kepenatan anda setelah seharian berkerja.

Dekorasi ruang tamu minimalis untuk ruang lebih anggun.

Anda pasti selesa bila sampai ke rumah jika lihat ruang tamu yang kemas dan cantik bukan? Dekorasi ruang tamu minimalis mampu berikan anda perasaan itu. Sudah tentu, berehat & luangkan masa bersama keluarga akan jadi lebih bermakna dengan ruang tamu yang santai, cantik & kemas. Untuk entri hari ini kami akan bawakan kepada anda beberapa contoh dekorasi ruang tamu minimalis yang boleh anda tiru. Harap ia dapat memberi inspirasi kepada anda untuk memiliki ruang yang serupa.

Berikut adalah beberapa contoh dekorasi ruang tamu minimalis modern. Kebanyakannya adalah idea dekorasi ruang tamu minimalis terbaru. Kami sertakan dengan gambar untuk anda lihat sendiri.

Dekorasi ruang tamu minimalis sederhana sesuai dengan lantai kayu


Dekorasi ruang tamu minimalis terbaru dengan susun atur perabot yang lengkap

Dekorasi ruang tamu rumah minimalis moden dan mewah dengan lampu hiasan menarik

Dekorasi ruang tamu rumah minimalis moden mewah dengan lampu hiasan menarik

Sofa minimalis modern untuk ruang tamu kecil

Sofa minimalis modern untuk ruang tamu kecil

Gambar oleh ‎Afiqah Yusof‎

Model ruang tamu minimalis dengan gabungan warna merah putih yang boleh anda cuba. Cantik!!

Model ruang tamu minimalis dengan gabungan warna merah putih

Contoh pemilihan sofa ruang tamu minimalis dengan gabungan lampu lantai yang buatkan ruang nampak tak boring.

Contoh pemilihan sofa ruang tamu minimalis dengan gabungan lampu lantai yang buatkan ruang nampak tak boring

Contoh cat ruang tamu minimalis dengan pemilihan warna lembut.Lagi cantik jika dipasang langsir moden sebagai tirai tingkap cermin.

Contoh cat ruang tamu minimalis dengan pemilihan warna lembut

Walaupun ini adalah contoh dekorasi ruang tamu ala Inggeris, anda boleh ubah ikut kesesuian anda.Namun bagi kami, gabungan warna pastel dengan set sofa serta perabot lain sangat menarik untuk kita ikut. Cuba lihat meja kopi kayu, sungguh padan dengan ruang dan menambah seri kepada ruang. Begitu juga dengan pokok hiasan. Hiasan dinding pula digantung pada posisi yang seimbang. Simple tetapi padat dengan seni hias.

Design ruang tamu minimalis elegan gaya Inggeris

Kredit : Pinterest


Contoh hiasan dalaman ruang tamu minimalis rumah teres 2 tingkat


Dekorasi simple untuk ruang tamu minimalis rumah apartment

Idea hiasan dalaman ruang tamu minimalis dengan gabungan set sofa putih dan merah juga meja kopi kaca.

Idea hiasan dalaman ruang tamu minimalis dengan gabungan set sofa putih dan merah juga meja kopi kaca

Idea hiasan dalaman ruang tamu minimalis yang super cool dengan set sofa warna pastel.

Idea hiasan dalaman ruang tamu minimalis yang super cool dengan set sofa warna pastel

Untuk gambar yang lebih jelas anda boleh klik pada setiap gambar atau lawati galeri gambar di bawah. Jika anda ingin berkongsi idea dengan kami, boleh hubungi kami di facebook atau tinggalkan komen di bawah. Kami akan hubungi anda.

Save

Save

Save

Sumber: Hias.my