Shafiq harap namanya jadi pilihan dalam Piala Boost SportsFix.

KOTA BHARU: Bekas penyerang muda Johor Darul Ta’zim II (JDTII), Shafiq Shaharudin mahu peluang diberikan kepadanya dalam membantu pasukan baharunya, Kelantan pada Kejohanan Piala Boost SportsFix di Stadium Nasional, Bukit Jalil dari 13 hingga 20 Januari depan.

Penyerang berusia 23 tahun itu kini menjadi taruhan barisan serangan skuad The Red Warriors (TRW) selepas Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengikat kontrak pemain itu baru-baru ini.

Tahukah Anda?

Hutang kereta & perbelanjaan harian boleh ditanggung tanpa menggunakan gaji anda? 
**Jana Pendapatan 3-4 Angka Seminggu**, secara sampingan atau sepenuh masa dengan memandu UBER. Daftar Secara PERCUMA Sekarang! 
>> KLIK SINI  untuk mendaftar.

 

Mengakui pasukannya berdepan saingan sengit bagi merebut piala itu, Shafiq bagaimanapun meletakkan keyakinan tinggi terhadap TRW dan mampu memberi tentangan dalam kejohanan tiga penjuru berdepan Persija Jakarta (Indonesia) dan (Ratchaburi) Thailand.

“Kalau ada rezeki saya harap dapat tersenarai dalam kesebelasan utama bagi membantu pasukan berdepan cabaran itu.

“Setakat ini dari segi kecergasan, saya bersedia dan apa yang dimahukan hanya peluang daripada jurulatih,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Selepas beberapa minggu berada di Kelantan, Shafiq, yang berasal dari Batu Pahat semakin selesa dan sudah menyesuaikan diri bersama rakan pasukan.

“Alhamdulilah, semuanya baik di sini dan saya boleh menyesuaikan diri dan tak jauh berbeza dengan negeri asal saya.

“Di sini pun sudah nampak banyak perubahan jadi tiada masalah bagi saya,” katanya.

 

Tahukah Anda?

Hutang kereta & perbelanjaan harian boleh ditanggung tanpa menggunakan gaji anda? 
**Jana Pendapatan 3-4 Angka Seminggu**, secara sampingan atau sepenuh masa dengan memandu UBER. Daftar Secara PERCUMA Sekarang! 
>> KLIK SINI  untuk mendaftar.

 

Sumber: Berita Steady

Nak Turunkan 10kg?
Nak Kuruskan Badan Cara Mudah & Pantas?
Klik Sini Untuk Info Lanjut