Kerap minum kopi hidup lebih sihat dan berbanding mereka yang tidak minum kopi

Kira-kira 20 kajian membuktikan bahawa mereka yang kerap minum kopi hidup lebih sihat dan berbanding mereka yang tidak minum kopi.

1. HIDUP LEBIH LAMA

Kajian pertama, yang diterajui Agensi Antarabangsa Bagi Kajian Terhadap Barah (IARC) dan Kolej Imperial London, menyelidik lebih 500,000 penduduk di 10 negara Eropah.

Mereka yang meminum kopi sekitar tiga cawan sehari hidup lebih lama berbanding mereka yang tidak meminum kopi langsung. Ini disifatkan para pengkaji sebagai analisis terbesar kesan meminum kopi dalam penduduk Eropah.

Tahukah Anda?

Hutang kereta & perbelanjaan harian boleh ditanggung tanpa menggunakan gaji anda? 
**Jana Pendapatan 3-4 Angka Seminggu**, secara sampingan atau sepenuh masa dengan memandu UBER. Daftar Secara PERCUMA Sekarang! 
>> KLIK SINI  untuk mendaftar.

 

2. KURANG RISIKO PENYAKIT JANTUNG, KENCING MANIS & BARAH

Kajian kedua pula termasuk lebih 180,000 peserta pelbagai latar belakang di Amerika Syarikat. Ia mendapati kopi menyebabkan seseorang itu hidup lebih lama dan mereka kurang berisiko mengalami penyakit jantung, barah, angin ahmar, kencing manis dan penyakit pernafasan dan ginjal.

Mereka yang meminum secawan kopi setiap hari 12 peratus hidup lebih lama berbanding mereka yang tidak meminum kopi langsung. Mereka yang meminum dua atau tiga cawan pula 18 peratus hidup lebih lama.

3. MINUM KOPIT DAPAT MENCEGAH STROK & PENYAKIT SARAF

Kajian yang diterbitkan oleh American Heart Association (Persatuan Jantung Amerika) mendapati, minum satu cawan kopi sehari mengurangkan risiko serangan strok.

Minum kopi membantu mencegah penyakit-penyakit saraf. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang minum kopi mempunyai risiko sebanyak 65 peratus lebih rendah terkena demensia, Alzheimer dan Parkinson.

Tahukah Anda?

Hutang kereta & perbelanjaan harian boleh ditanggung tanpa menggunakan gaji anda? 
**Jana Pendapatan 3-4 Angka Seminggu**, secara sampingan atau sepenuh masa dengan memandu UBER. Daftar Secara PERCUMA Sekarang! 
>> KLIK SINI  untuk mendaftar.

 

Sumber: Nakbebel

Nak Turunkan 10kg?
Nak Kuruskan Badan Cara Mudah & Pantas?
Klik Sini Untuk Info Lanjut