Kantoi urin test positif dadah, polis tahan calon temuduga PDRM dan rupa-rupanya ada 10 rekod jenayah lampau

Seorang lelaki muda yang mempunyai rekod jenayah lampau dengan beraninya menghadiri temuduga untuk jawatan polis. Menariknya, lelaki itu ‘terkantoi’ apabila ujian air kencingnya didapati positif dadah. 

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Johnathan berkata, calon berusia 23 tahun itu datang menghadiri temuduga di Ibu Pejabat Polis. Semuanya berjalan dengan lancar, malah calon berkenaan lulus ujian fizikal dan temuduga secara lisan. 

Bagaimanapun, keputusan ujian air kencingnya menunjukkan tanda positif dadah, lalu latar belakangnya diperiksa. 

Siasatan mendapati, lelaki terbabit pernah terlibat dalam 10 buah kes pecah rumah dan curi motosikal pada tahun 2016. 

Semasa disoal siasat, lelaki itu mengaku dia pernah ditahan sebanyak 10 kali pada tahun 2016, tetapi pada 2017 dia diisytiharkan ‘bersih’ dan tidak melanggar sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang. 

Lelaki berkenaan juga berharap pihak berkuasa memberinya peluang untuk dirinya memulakan ‘buku baru’. Berita itu kemudian tersebar di media sosial dan menimbulkan persoalan netizen. 

“Dah kenapa penjenayah nak kerja jadi polis? Supaya dia boleh rompak sesiapa secara sah?” soal netizen. 

“Bayangkan jenayah yang dia boleh lakukan apabila dia diberikan lencana dan pistol?” kata netizen yang lain. 

Lelaki terbabit terus ditahan reman untuk disoal siasat selepas ujian air kencingnya didapati positif dadah. 

 

Sumber: thereporter

Pautan Menarik

loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*