Pakar LGBT Jakim Ingin Jumpa Nur Sajat

Pegawai Jakim, Dr Izwan Yusof, pakar dalam isu LGBT bersedia untuk berjumpa dengan Nur Sajat pada bila-bila masa. Kebelakangan ini timbul isu mempertikaikan jantina Nur Sajad.

Menurut Dr Izwan, beliau dan rakan-rakannya di Jakim sentiasa terbuka membantu dan memberikan khidmat nasihat terutama dalam isu kekeliruan jantina.

“Saya yakin dengan pertemuan itu nanti, akan merungkaikan persoalan yang terus berlegar di kalangan ummah”.

“Kami mengambil sikap berkecuali kerana kami perlu tahu masalah sebenar yg dihadapi. Dalam masa yg sama, kami mengambil maklum cemuhan & kata-kata kasar drpd netizen terhadap Sajat” kata Dr Izwan melalui laman facebook.

Isu dihangatkan lagi oleh Muhammad Azri @ Papagomo yang mula memuatnaik status di laman facebook miliknya pagi tadi. Papagomo mempertikaikan Jakim yang dilihat tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Nur Sajat.

Netizen rata-ratanya setuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Papagomo yang mendesak Jakim untuk mengambil tindakan terhadap Sajat yang menampilkan perbuatan bertentangan dengan agama Islam.

“Apakah kerana Sajjad kaya maka pihak JAKIM tidak mampu untuk menguruskan pekara yang bukan sahaja bertentangan dengan Agama Islam, Akidah malah nilai-nilai adab dan sopan kita rakyat Malaysia?” kata Papagomo.

Papagomo turut memuatnaik video rakaman perbualan telefon dengan Dato’ Seri Jamil Khir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) mengenai isu Sajat. Dalam perbualan tersebut, Dato’ Seri Jamil Khir memaklumkan Jakim tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa mana-mana individu @ pihak.

Bidang kuasa pendakwaan terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Negeri. Jakim boleh memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri supaya mengambil tindakan yang berkaitan ke atas Sajat.

Apakah Nur Sajad akan berjumpa dengan pegawai Jakim tersebut? Atau beliau lebih suka untuk bertemu dengan ustazah?

 

 

Sumber: Islamituindah.info

Pautan Menarik

loading...