Trump Obes, Kolesterol Tinggi

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump lulus dalam ujian tanda penyakit demensia, malahan tahap kesihatannya juga baik.

Bagaimanapun, hasil ujian itu mensarankan jutawan itu mengurangkan berat badan dengan menjaga pemakanan daripada segi kalori, lemak dan karbohidrat, serta mula bersenam.

Ujian yang dilalui Trump dipantau pegawai perubatan Rumah Putih, Dr Ronny Jackson.

Malahan, pemimpin berusia 71 tahun itu meminta supaya dilakukan ujian penilaian kognitif.

Trump sememangnya dikenali menggemari makanan berlemak seperti ayam goreng, burger dan stik, manakala ketika bermain golf pula dia tidak menjalani sebarang latihan bersenam berjadual.

Menurut Jackson, Trump perlu mengurangkan berat badannya antara 4.5 hingga 6.8 kilogram (kg) dengan mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam.

Ketika ini, pada ketinggian 1.9 meter, berat Trump mencecah 108 kg dengan kadar bacaan kolesterol yang tinggi.

Bagaimanapun, kadar tekanan darahnya pada tahap normal 122/74 dan keadaan jantungnya juga baik selepas menjalani ujian tekanan.

Trump sendiri mengarahkan doktor berkenaan supaya menjawab sebarang soalan yang dikemukakan media mengenai keadaan kesihatannya.

Isu berkaitan kesihatan Trump timbul susulan penerbitan buku kontroversi: “Fire and Fury: Inside the Trump White House” yang menggambarkan Trump bersifat keanak-anakan dan seorang yang lincah.

Mengenai permintaan Trump untuk menjalani ujian kognitif bagi mengesan tanda demensia, Jackson mengesahkan pemimpin AS itu bebas daripada penyakit yang boleh membawa kepada Alzheimer itu.

“Trump lulus markah penuh 30 dalam ujian ini, bermakna mentalnya tajam dan dalam keadaan baik,” katanya.- Reuters

 

Sumber: mstar

Pautan Menarik

loading...

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*